KOTA BHARU: Taktik licik tiga warga Thailand menyorokkan dadah jenis pil yaba dan heroin bernilai RM1.5 juta dalam selimut terbongkar selepas ditahan dalam dua serbuan berasingan di Rantau Panjang, di sini pada semalam serta kelmarin. Dalam serbuan pertama kelmarin, polis merampas 96,00 biji pil yaba bernilai RM1.05 juta manakala serbuan kedua merampas 1.39 kilogram (kg) dadah jenis heroin bernilai RM460,000. Ketua Polis negeri, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, serbuan pertama…











