Taman IBS, Bandar Perabot Gua Musang prospek besar pelaburan di Kelantan

Taman IBS, Bandar Perabot Gua Musang prospek besar pelaburan di Kelantan

MOHAMAD Nasriff Daud (kanan) menyempurnakan gimik perasmian Kalafest 2023 di KTC, Kota Bharu, Kelantan hari ini. UTUSAN/MUSTAQIM MOHAMED
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Taman Perindustrian Sistem Binaan Berindustri (IBS) di Sungai Bagan, Machang dan Bandar Perabot Gua Musang di sini menjadi prospek besar yang bakal menjana pelaburan sekali gus melonjakan lagi perkembangan ekonomi di di negeri ini

Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Perindustrian, Sumber Manusia, Perdagangan dan Keusahawanan negeri Mohamad Nasriff Daud berkata, IBS yang dalam sudah memasuki kerja-kerja menyiapkan infrastruktur sudah mendapat tempahan penuh dari pelabur.

Menurutnya, projek yang mampu menjana pelaburan sehingga lebih RM600 juta bakal membuka peluang pekerjaan kepada lebih 3,500 orang.

“Walaupun IBS agak kecil jika dibandingkan dengan tempat-tempat lain, sekurang-kurangnya kita ada kawasan industri. Projek bandar perabot pula baru memulakan proses pembersihan kawasan untuk pembinaan infrastruktur.

“Kekangan kita sekarang ini adalah dari segi modal untuk penyediaan infrastruktur. Hanya itu isu besar di projek bandar perabot sekarang ini,” katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas Majlis Perasmian Kalafest 2023 di Kelantan Trade Centre (KTC), di sini hari ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Pasir memberitahu, pembinaan bandar projek memerlukan kolaborasi antara kerajaan negeri dan kerajaan pusat.

Katanya, dalam sudut inilah semangat federalisme perlu disuburkan dan satu perjanjian boleh diwujudkan.

“Kerajaan negeri boleh menyediakan tanah manakala kerajaan pusat boleh membantu dari segi pembinaan infrastruktur. Insya-Allah perkara ini akan dibincangkan kembali. 

“Terbaharu kita bercadang mencari satu kawasan lebih luas di Sungai Bagan untuk mewujudkan kawasan perindustrian lebih besar. Ia masih di peringkat perancangan dan perbincangan awal dan belum boleh diwar-warkan,” ujarnya

Dalam perkembangan lain, Mohamad Nasriff berpandangan State Government 4 (SG4) sememangnya perlu dilaksanakan bagi membolehkan empat negeri di bawah pentadbiran Perikatan Nasional (PN) menjalinkan kerjasama untuk membangun bersama-sama.

“Ia baru diumumkan pada Muktamar Pas tempohari. Setakat ini ia masih dalam peringkat merangka jawatankuasa dan belum ada sesuatu yang konkrit. Pada masa sama saya berharap projek-projek penting yang dilaksanakan oleh kerajaan pusat dapat diteruskan.

“Central Spine Road (CSR), Laluan Tren Pantai Timur (ECRL) dan naik taraf Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP) dijangka siap pada 2027 dan diharapkan ia dapat disiapkan mengikut jadual,” ujarnya.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN