PETALING JAYA: Langkah kerajaan melaksana subsidi bersasar secara berfasa tahun depan dapat menjimatkan kantung negara sehingga RM30 bilion dan juga sebagai permulaan menghapuskan mentaliti subsidi dalam kalangan rakyat. Bercakap kepada Mingguan Malaysia, Penganalisis Ekonomi, Prof. Emeritus Dr. Barjoyai Bardai berkata, tindakan kerajaan mengurangkan serta memulakan pendekatan penyasaran subsidi itu jelas dilihat untuk menstruktur subsidi kepada kumpulan yang benar-benar memerlukannya. “Jadi kemungkinan lima juta orang akan dapat subsidi petrol manakala subsidi…










