Solat hajat untuk Palestin - Agong

Solat hajat untuk Palestin – Agong

AL-SULTAN ABDULLAH Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menyerahkan replika kunci Rumah Rakyat Al-Sultan Abdullah (Ru'RASA) kepada penerima di Kampung Pahang Tua di Pekan, Pahang. - FOTO/SHAIKH AHMAD RAZIF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PEKAN: Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menyeru rakyat di negara ini supaya mengadakan solat hajat untuk mendoakan rakyat Palestin.

“Di hari Jumaat ini, saya harap kita semua melakukan sembahyang hajat dan mendoakan kepada Allah SWT supaya rakyat dan bumi Palestin dapat dipertahankan khususnya kawasan Masjid Al- Aqsa,” titah baginda pada Majlis Penyerahan Replika Kunci Rumah Rakyat Al-Sultan Abdullah (Ru’RASA) di Kampung Pahang Tua di sini hari ini.

Seri Paduka baginda turut menyeru agar rakyat menghulurkan bantuan sekadar yang mampu bagi meringankan beban rakyat Palestin.

“Sekadar mana yang kita mampu, kita bantulah… memberi sedikit bantuan dari segi kewangan, dari segi peralatan, dari segi pakaian… supaya ia dapat meringankan bebanan yang dirasai oleh rakyat Palestin.

“Dan saya percaya Allah SWT akan sentiasa memberi rahmat kepada mereka semua ini. Mungkin sebahagian daripada mereka akan mati dalam syahid, dan kita berdoa supaya mereka ini berada dengan golongan orang yang beriman dan muttaqin,” titah baginda.

Baginda dalam masa sama turut menitahkan supaya rakyat di negara ini dan negeri ini untuk bersyukur dengan segala apa yang dimiliki kini.

“Seluruh rakyat Malaysia dan Pahang harus bersyukur dengan apa yang kita ada sekarang. Kalau kita tengok dalam televisyen tiap-tiap hari masalah di Palestin, tanah Palestin, rakyat Palestin, begitu sedih dan begitu dukacita di atas kekejaman rejim Zionis yang telah mengorbankan beribu rakyat Palestin,” titah baginda. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya