Selesai isu tanaman padi baru fokus penyelidikan - Utusan Malaysia

Selesai isu tanaman padi baru fokus penyelidikan

Kerajaan disaran selesaikan dahulu isu tanaman padi sebelum fokus melakukan penyelidikan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUNGAI PETANI: Kerajaan perlu menyelesaikan terlebih dahulu isu-isu berkaitan penanaman padi dalam usaha meningkatkan hasil beras negara sebelum memberi fokus kepada sebarang bentuk penyelidikan.

Pengerusi Badan Bertindak Petani Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA), Che Ani Mat Zain berkata, penyelidikan padi bagi mempertingkatkan hasil beras tidak dapat direa­lisasikan selagi petani masih dibelenggu dengan isu kelewatan baja, benih serta sistem pengairan yang tidak cekap.

Menurut beliau, petani kini berdepan pelbagai isu berkaitan penanaman padi antaranya kelewatan penghantaran benih sehingga menjejaskan jadual penanaman padi membabitkan kawasan MADA.

“Jadual penanaman padi bagi musim ini 29 September tetapi sehingga hari ini petani belum terima benih, jadi ini menyebabkan kelewatan jadual pe­nanaman padi.

“Saya difahamkan masalah ini terjadi disebabkan berlaku pertikaian antara pengilang dan pengeluar benih,” kata beliau ketika dihubungi Utusan Malaysia.

Selain itu, kata Che Ani, masalah pengairan yang tidak cekap juga perlu ditangani dengan segera.

“Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini te­lah mengumumkan peruntukan sebanyak RM3 bilion bagi menyediakan infrastruktur seperti sistem pengairan dan jalan di kawasan sawah.

“Sistem pengairan yang ada sudah daif dan teruk, jadi seharusnya kerajaan segera me­lakukan tindakan baik pulih supaya aktiviti penanaman padi dapat dioptimumkan,” katanya.

“Sekurang-kurangnya, kerajaan boleh menyediakan jengkaut bagi setiap 27 buah Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) MADA untuk mencuci parit yang tersumbat sebagai langkah penyelesaian jangka pendek,” katanya.
Katanya, isu-isu ini harus diberi perhatian kerana ia boleh menyebabkan kegagalan petani mematuhi jadual penanaman padi.

“Saya bukan membantah penyelidikan padi dilakukan namun terdapat usaha yang lebih penting yang harus dilakukan kerajaan ketika ini,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×