RUU GEG dibentang selepas Belanjawan 2024 dibahas, diluluskan

RUU GEG dibentang selepas Belanjawan 2024 dibahas, diluluskan

PERUNTUKAN kawasan Parlimen bagi seseorangv wakil rakyat membantu rakyat di kawasan masing-masing-GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Rang Undang-Undang (RUU) Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023 atau RUU Ge­nerasi Penamat (GEG) yang ditarik balik pembentangannya pada minggu pertama mesyuarat Dewan Rakyat minggu lalu, hanya akan dibawa semula ke Parlimen pada hujung November ini.

Pembentangan RUU bagi bacaan kali kedua itu akan dibuat Kementerian Kesihatan (KKM) selepas ahli-ahli Dewan Rakyat selesai membahaskan RUU Perbekalan 2024 (Belanjawan 2024), yang dibentang Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Jumaat lalu.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Timbalan Menteri Kesihatan, Lukanisman Awang Sauni berkata, masih banyak masa untuk RUU itu diselesaikan dalam mesyuarat Dewan Rakyat kali ini.

Ini di sebalik kebimbangan banyak pihak bahawa RUU itu berisiko tidak sempat dibentang kerana Dewan Rakyat akan menumpukan kepada perbahasan Belanjawan 2024 di pe­ringkat dasar dan jawatankuasa selama lapan minggu.

“Perkara ini bergantung kepada Menteri Kesihatan, Dr. Zaliha Mustafa yang akan mengemas kini perkembangan dan garis masa pembentangannya. Namun, kita masih ada masa (membentang RUU rokok) selepas selesai belanjawan di minggu terakhir.

“Oleh itu, kementerian akan menyampaikan (membentang) selepas perbahasan dan kelulusan belanjawan. Lagipun, jawatankuasa bagi menimbang RUU ini telah memberi penyata manakala blue bill juga telah diletakkan di atas meja ahli-ahli Parlimen,” katanya ketika dihubungi semalam.\

Semakan Utusan Malaysia menerusi takwim Dewan Rakyat mendapati, perbahasan belanjawan di peringkat jawatankuasa dijangka selesai dan diluluskan pada 27 November 2023, manakala RUU dan urusan kerajaan yang lain bermula pada 28 November sehingga 30 November 2023.

Pada 9 Oktober lalu, Utusan Malaysia melaporkan, RUU Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023 yang dijadual dibentang Selasa lalu, ditarik balik kerana perlu dibawa ke peringkat Kabinet untuk diluluskan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN