PETALING JAYA: Seorang penolong pengurus eksekutif sebuah hotel mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini semalam atas pertuduhan mencabul kehormatan seorang bekas penyampai berita wanita terkenal yang juga rakan sekerjanya, tiga bulan lalu. Mohd. Faizal Hussain, 53, didakwa mencabul kehormatan personaliti stesen televisyen swasta popular berusia 54 tahun itu dengan cara memegang tangannya di hotel berkenaan di Damansara, dekat sini pukul 1 tengah hari, 13 Julai lalu. Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau sebatan atau mana-mana dua daripada…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya