Pas bincang potensi empat negeri bekerjasama dengan Singapura - Utusan Malaysia

Pas bincang potensi empat negeri bekerjasama dengan Singapura

DESMOND Lee (tengah) serta delegasi mengadakan kunjungan hormat ke atas Tuan Ibrahim Tuan Man semalam. - Foto/FB TUAN IBRAHIM TUAN MAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pas membincangkan potensi kerjasama Singapura dengan negeri-negeri di bawah pentadbiran parti itu iaitu Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis. 

Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, perkara itu antara yang disentuh selepas beliau menerima kunjungan hormat daripada Menteri Pembangunan Singapura Desmond Lee, petang semalam. 

Menurut beliau, perbincangan pertemuan itu berfokus mengenai pembangunan di Malaysia dan Singapura. 

“Selain itu, pertemuan ini turut membincangkan potensi kerjasama Singapura dengan negeri Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis yang berada di bawah pentadbiran Pas dan Perikatan Nasional. 

“Saya juga mengambil kesempatan mengalu-alukan Singapura untuk melabur di Malaysia dalam industri yang berpotensi seperti industri nadir bumi. 

“Kami juga bertukar pandangan berkenaan dengan pelaksanaan gaji progresif yang telah dilaksanakan di Singapura,” katanya. 

Tuan Ibrahim menambah, Pas turut menyatakan kebersamaan dengan Kerajaan Malaysia dalam mengecam kekejaman Israel terhadap umat Islam di Palestin. 

“Terima kasih Tuan Desmond Lee dan delegasi atas kesudian mengadakan kunjungan hormat dan bertukar pandangan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya