PETALING JAYA: Kekurangan peruntukan penyelidikan bagi menghasilkan kajian padi bermutu tinggi merupakan punca utama Malaysia masih berada di paras yang sama dalam menghasilkan padi yang tahan cuaca dan serangan serangga perosak. Biarpun banyak penyelidikan yang dijalankan, namun masih lagi gagal untuk sampai ke petani disebabkan faktor kekurangan dana dan peruntukan. Bercakap kepada Utusan Malaysia, Pakar Pertanian Universiti Putra Malaysia (UPM) Prof. Mohd. Rafii Yusop berkata, negara seperti Dubai dapat berhadapan…










