PETALING JAYA: Polis memulakan siasatan terhadap seorang Datuk, isteri dan anak lelakinya dipercayai berkaitan syarikat penerbangan MyAirlines Sdn Bhd (MYAirline) yang meliputi pelbagai elemen termasuk aliran sumber kewangan melibatkan rangkaian perniagaan dimiliki Datuk berkenaan. Tiga beranak masing-masing berusia 57, 55, dan 26 tahun itu ditahan di rumah mereka di Bukit Jelutong, Shah Alam di Selangor pada pukul 5.30 petang kelmarin sebelum direman empat hari bermula semalam. Penahanan Datuk dan dua…











