BALING: Seorang penduduk di Taman Desa Bidara di sini mendakwa melihat kelibat dua lelaki memasuki rumah jirannya sebelum terdengar bunyi mengerang kesakitan sewaktu dia sedang berehat di rumahnya, kelmarin. Che Siah Omar, 49, berkata, pada awalnya, dia beranggapan mereka ialah orang sama yang sering datang menghantar makanan atau keperluan harian mangsa, tetapi agak pelik selepas melihat suspek terburu-buru meninggalkan rumah itu kira-kira lima minit kemudian. “Lebih kurang pukul 3 petang…











