Liga Super: Kijang Hijau berjaya elak jadi lauk Harimau Selatan

Liga Super: Kijang Hijau berjaya elak jadi lauk Harimau Selatan

NAZMI Faiz Mansor (kanan) dicabar pemain Kelantan United pada aksi Liga Super di Stadium Sultan Muhammad IV, KOta Bhaur, Kelantan sebentar tadi-UTUSAN/KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Skuad Kijang Hijau berjaya mengelak daripada menjadi ‘lauk’ Harimau Selatan apabila tewas 0-2 di tangan juara Liga Super itu pada aksi
di Stadium Sultan Muhammad IV, di sini sebentar tadi.

Pada perlawanan tersebut, Kelantan United tidak memberikan laluan mudah kepada Johor Darul Ta’zim (JDT) apabila berjaya menyerap tekanan yang pihak lawan menerusi beberapa percubaan bahaya seawal minit ketiga, enam dan ketujuh.

Bagaimanapun, Kijang Hijau turut memiliki peluang terbaik memecah kebuntuan jaringan pada minit ke ke-21 namun rembatan Jose Porteria melewati palang gol pelawat.

Sembilan minit berselang, Harimau Selatan sekali lagi mengasak kubu Kijang namun peluang yang dimiliki itu gagal disudahkan dengan baik sekali gus menyaksikan kedudukan seri tanpa jaringan itu kekal hingga tamat babak pertama.

 

DOMINIC Balic (kanan) mengawal bola daripada direbut pemain JDT pada aksi aksi Liga Super di Stadium Sultan Muhammad IV, KOta Bhaur, Kelantan sebentar tadi-UTUSAN/KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN

Aksi babak kedua, Kelantan United terus berusaha memberikan tekanan kepada pelawat sehingga memaksa pengendali Harimau Selatan Solari Adres memasukkan ayam tambatan mereka Bergson Da Silva untuk memecah kebuntuan jaringan pada minit ke-58.

Melihat isyarat itu, Ailton mengambil keputusan untuk memperkuatkan pertahanan pasukan kendaliannya dengan memasukkan Sirojiddin Rakhmatullaev dan S. Sharvin pada minit ke-61 diikuti Mohamad Fandi Othman pada minit ke-68.

Minit ke-74 baharulah Harimau Selatan akhirnya berjaya mendapatkan jaringan pertama menerusi rembatan deras Fernando Forestieri yang melepasi jangkauan penjaga gawang Kelantan United Mohd. Shahril Sa’ari.

Bergson membuktikan ketajaman penyudah apabila meledakan jaringan kedua JDT pada minit ke-90 seterusnya menoktahkan kemenangan Harimau Selatan pada perlawanan tersebut.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN