JAKARTA: Satu ‘ledakan’ dipercayai daripada bom berlaku di projek perumahan di wilayah Setiabudi, Jakarta Selatan hari ini.
Menurut laporan Kompas, ledakan berlaku di Jalan Perahu, Guntur dengan seorang dilaporkan terbunuh.
Penduduk setempat mendakwa ledakan dipercayai daripada bom mortar yang tertanam di dalam tanah.
Bagaimanapun Ketua Seksyen Kebajikan Guntur, Rahmat Mulyadi berkata, pihaknya belum dapat memastikan perkara tersebut.
Menurut laporan, dua lagi cedera dan dikejarkan ke pusat kesihatan berhampiran untuk rawatan lanjut. – UTUSAN