PETALING JAYA: Pengambilan seramai 9,500 orang guru baharu yang diumumkan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) kelmarin masih belum cukup untuk menampung masalah kekurangan guru. Bercakap kepada Utusan Malaysia, Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), Aminuddin Awang berkata, berdasarkan tinjauan, sektor pendidikan di Malaysia masih memerlukan seramai 20,000 untuk menampung keperluan sektor pendidikan setakat ini. Katanya, untuk mengatasi masalah itu, kerajaan perlu menyalurkan peruntukan yang secukupnya kepada KPM untuk membuat pengambilan guru…