BAYAN LEPAS: Pembukaan Pejabat Konsulat Kehormat Kazakhstan yang pertama di Pulau Pinang akan membantu mengukuhkan lagi hubungan kedua-dua negara terutama dalam kerjasama ekonomi. Pengasas dan Pengerusi Eksekutif Public Gold Group (Kumpulan PG), Datuk Louis Ng Chun Hau yang dilantik Konsul Kehormat Republik Kazakhstan di Pulau Pinang berkata, beliau berazam mengukuhkan hubungan sedia ada antara kedua-dua negara itu. “Saya juga berhasrat membawa perubahan positif serta memainkan peranan penting dalam meningkatkan sosio…










