Kerajaan perlu nilai kritikan terhadap Belanjawan 2024-Pas

Kerajaan perlu nilai kritikan terhadap Belanjawan 2024-Pas

MOHD. Amar Nik Abdullah
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Kerajaan perlu melihat dan menilai setiap kritikan yang diberikan oleh pakar-pakar ekonomi ke atas Belanjawan 2024 sebagaimana dibentangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di Dewan Rakyat pada Jumaat lalu.

Naib Presiden Pas Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah berkata, tindakan itu penting bagi membolehkan kerjaan membuat penilaian terhadap teguran yang diberikan tersebut.

“Sebagai contoh berkait dengan insentif cukai, ada pandangan berbeza yang diberikan oleh pakar-pakar (ekonomi). Jadi saya harap kerajaan dapat ambil kira pandangan itu untuk membantu rakyat ketika ini.

“Kita tidak boleh puji sahaja, orang nak puji…pujilah. Itu tidak boleh kita sekat. Namun kritikan itu perlu diambil kerana tiada yang sempurna dalam belanjawan itu,” katanya ketika ditemui pemberita di rumahnya di Panchor di sini hari ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Panchor itu berharap kerajaan tidak ‘ralit’ dengan pujian yang diberikan berkait dengan Belanjawan 2024.

Utusan Online semalam melaporkan, kerajaan memperuntukkan RM393.8 bilion atau 19.9 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) bagi Belanjawan 2024. 

Daripada jumlah itu, sebanyak RM303.8 bilion atau 77.1 peratus disalurkan kepada perbelanjaan mengurus (OE) manakala baki RM90 bilion diperuntukkan kepada perbelanjaan pembangunan (DE).

Kerajaan Persekutuan ber­tekad untuk memperuntukkan sumber bagi memperkukuh pembentukan modal ke arah memastikan kemampanan pertumbuhan ekonomi dalam jangka masa panjang.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya