Jerebu: Rakyat diingat supaya berwaspada, kurangkan aktiviti luar - Utusan Malaysia

Jerebu: Rakyat diingat supaya berwaspada, kurangkan aktiviti luar

AMINUDDIN Harun ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Program MyPride Fair Peringkat Zon Tengah, Jabatan Penjara Malaysia di Seremban 2, Seremban hari ini.-UTUSAN/ZAKKINA WATI AHMAD TARMIZI.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN:  Rakyat di Negeri Sembilan diingatkan supaya berwaspada dan mengurangkan aktiviti luar susulan keadaan jerebu dan kualiti udara kurang sihat yang sedang berlaku termasuk di negeri ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, keadaan ketika ini masih terkawal walaupun Indeks Pencemaran Udara (IPU) menyaksikan peningkatan bacaan.

“Saya ingin menasihatkan masyarakat agar menjaga kesihatan, banyakkan minum air dan kurangkan aktiviti luar di kawasan terbuka. Jaga kesihatan terutama bagi mereka yang mempunyai penyakit,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Program MyPride Fair Peringkat Zon Tengah, Jabatan Penjara Malaysia di Seremban 2 di sini hari ini.

Hadir sama, Timbalan Komisioner Jeneral Penjara, Jabatan Penjara Malaysia, Datuk Abdul Aziz Abdul Razak.

Sementara itu, Aminuddin memberitahu, kerajaan negeri akan memantau situasi jerebu yang berlaku dan akan mengambil langkah sesuai jika keadaan bertambah buruk.

Setakat pukul 1 tengah hari tadi, sebanyak 14 kawasan di seluruh Semenanjung telah mencatatkan bacaan IPU tidak sihat iaitu melebihi 101.

Berdasarkan laman sesawang Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS), antara kawasan itu ialah Nilai dengan bacaan 163, Seremban (157) dan Port Dickson (155).-UTUSAN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya