PUTRAJAYA: Orang ramai perlu istiqamah dan tidak berhenti separuh jalan dalam memberi sokongan dan bantuan kepada penduduk Palestin yang kini menjadi mangsa keganasan rejim Zionis Israel. Selebriti popular, Noor Neelofa, 34, berkata, penduduk Palestin memerlukan sokongan yang berterusan selepas begitu lama ditindas oleh Israel dan hilang segalanya. “Saya benar-benar berharap, semangat dan solidariti terhadap rakyat Palestin ini bukan sekadar hangat-hangat tahi ayam. Kita kena teruskan bantuan dan peduli dengan nasib saudara Islam di sana,” katanya kepada Utusan Malaysia ketika ditemui. Menurutnya, beliau melihat gelombang kesedaran penindasan Israel terhadap rakyat Palestin…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya