Hutan paya gambut kurangkan jerebu

Hutan paya gambut kurangkan jerebu

Hutan paya gambut berperanan menapis udara secara semula jadi. - GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Hutan paya gambut di pesisiran pantai tidak boleh diganggu bagi memastikan keberkesanannya sebagai benteng semula jadi menghadapi jerebu.

Presiden Pertubuhan Pelindung Khazanah Alam (Peka), Damien Thanam Divean berkata, hutan paya gambut memainkan peranan yang kritikal dalam pencemaran udara kerana ia bertindak sebagai penapis udara.

Katanya, sekiranya tidak dilindungi, maka negara berisiko menghadapi ancaman jerebu le­bih teruk kerana tidak ada lagi benteng semula jadi berkesan untuk menapis udara.

“Sebagai contoh, Hutan Simpan Kuala Langat Utara (HSKLU) adalah antara penapis udara yang bertiup dari seberang Selat Melaka. Jadi, jika hutan-hutan seperti ini dipotong untuk pembangunan dan sebagai­nya tanpa sebarang inisiatif untuk melindungi, ia akan memusnahkan.

“Maka, kita akan hilang hutan yang bertindak sebagai benteng pertahanan pertama kita dalam berdepan dengan situasi jerebu ini sedangkan perkhidmatan ekosistem ini diberikan secara percuma pada negara kita

“Jika hutan-hutan ter­sebut dilindungi, maka kita boleh mengurangkan kadar jerebu kerana sumber alam itu menyerap dan menyimpan karbon dalam sistem akar mereka,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia.

Kali terakhir Malaysia dilanda jerebu yang teruk pada 21 September 2019 dengan Kuala Lumpur sendiri mencatatkan Indeks Pencemaran Udara (IPU) sehingga 156.

Keadaan itu menyebabkan 2,649 sekolah di Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Pulau Pinang dan Sarawak ditutup apabila IPU merekodkan bacaan melebihi 150. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×