PETALING JAYA: “Tidak sampai hujung bulan, duit tinggal tidak sampai RM50, RM100, baki dalam bank pun kosong. Hingga terpaksa pinjam daripada rakan lain dan ahli keluarga.” Demikian luah seorang anggota polis berpangkat konstabel ketika mengulas mengenai gaji anggota polis sepertinya. Bercakap kepada Utusan Malaysia, dia berkata, gaji pokok konstabel polis iaitu RM1,441 sememangnya tidak mencukupi tambahan lagi jika bertugas di bandar. Malah, katanya, segelintir anggota berpangkat rendah itu dibebani hutang…










