Gagal siapkan rumah, buruh dipenjara tiga bulan, denda - Utusan Malaysia

Gagal siapkan rumah, buruh dipenjara tiga bulan, denda

GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

REMBAU: Seorang buruh dijatuhi hukuman tiga bulan penjara dan denda sebanyak RM5,000 oleh Mahkamah Majistret Rembau, hari ini, selepas gagal menyiapkan pembinaan rumah sehingga pemiliknya mengalami kerugian, empat bulan lalu.

Tertuduh, Nik Nur Aizuddin Suhaimi, 34, mengaku bersalah sebaik pertuduhan dibacakan dihadapan Majistret, Kartini Kasran. 

Majistret turut menetapkan tertuduh dikenakan 15 bulan penjara sekiranya gagal menjelaskan bayaran denda tersebut. 

Mengikut pertuduhan, tertuduh dengan secara tidak jujur telah mendorong seorang wanita menyerahkan wang RM35,000 bagi tujuan pembinaan rumah namun penama telah mengalami kerugian sebanyak RM10,421.

Perbuatan itu didakwa dilakukan pada tarikh antara 22 Mei hingga 18 Jun lepas di Kampung Baru Batu Hampar di sini.

Oleh itu, tertuduh didakwa dibawah Seksyen 415 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 417 Kanun Keseksaan iaitu boleh dipenjara hingga lima tahun atau denda atau dengan kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan. 

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Amirul Noor Hashimi manakala tertuduh diwakili peguam dari Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), Siti Syuhada Mohd. Isa.

Berdasarkan fakta kes, wanita berkenaan berjumpa dengan tertuduh bagi membina rumahnya dengan kos pembinaan RM50,000 sebelum menyerahkan RM35,000.

Daripada jumlah duit yang diserahkan, tertuduh membelanjakan RM12,579 bagi pembelian bahan binaan manakala RM12,000 bagi upah pekerja.

Berdasarkan perkembangan kerja pembinaan, wanita berkenaan mengalami kerugian RM10,421 yang sepatutnya digunakan untuk membeli bahan binaan  dan membayar upah pekerja seterusnya.-UTUSAN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya