DAP lebih utamakan keutuhan kerjasama PH-BN - Utusan Malaysia

DAP lebih utamakan keutuhan kerjasama PH-BN

PENGERUSI Pakatan Harapan (PH) Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun dan Anthony Loke Siew Fook (tengah) bersama kepemimpinan PH dan BN Negeri Sembilan dan ahli-ahli DAP pada Konvensyen Tahunan DAP Negeri Sembilan Ke-22 di Seremban hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Kerjasama demi keutuhan antara gabungan Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) adalah lebih diutamakan DAP ketika ini.

Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook menjelaskan lagi, kenyataan MCA yang berpandangan sukar untuk menjalinkan kerjasama dengan DAP dilihat tidak akan menjejaskan hala tuju perjalanan Kerajaan Perpaduan ketika ini.

“Kami tidak melihat kepada individu dalam parti, PH dan BN mempunyai hubungan baik. 

“Kenyataan tersebut adalah pandangan masing-masing, MCA merasakan susah untuk bekerjasama itu pandangan mereka, ia tidak menjejaskan hala tuju perjalanan kerajaan hari ini,” katanya kepada pemberita selepas Konvensyen Tahunan DAP Negeri Sembilan Ke-22 di sini, hari ini.

Siew Fook berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kenyataan Timbalan Presiden MCA, Datuk Dr. Mah Hang Soon bahawa bukan masa yang sesuai ketika ini untuk kerjasama menyeluruh di antara MCA dan DAP.

Menjelas lanjut, Ahli Parlimen Seremban itu berkata, beliau tidak mengetahui sebab utama pemimpin MCA untuk mengeluarkan pendapat seperti itu namun melihat kerjasama secara berpasukan antara jemaah menteri ketika ini begitu lancar.

“Adakah mereka rasa tersisih atau tidak itu terpulang, tetapi di peringkat Persekutuan dan negeri adalah baik. Kita bekerjasama dengan baik, bekerjasama atas satu pasukan, jemaah menteri bersidang dengan lancar setiap minggu.

“Jemaah menteri tidak ada masalah, keputusan-keputusan buat seperti biasa, ada wakil masing-masing dalam jemaah menteri. Saya tidak faham kenapa ada sentimen begitu (kerjasama menyeluruh),” katanya.

Semalam ketika Perhimpunan Agung Pemuda MCA ke-59, Hang Soon berkata, tiada keperluan untuk kerjasama menyeluruh berlaku antara parti itu dan DAP namun masih boleh mengekalkan tahap kerjasama tertentu dalam isu-isu tertentu untuk menjaga hak dan kepentingan komuniti Cina.-UTUSAN.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya