‘Dalam politik tiada musuh yang kekal’ - Wee Ka Siong 

Dalam politik tiada musuh yang kekal – Wee Ka Siong 

WEE KA SIONG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhak untuk menjemput mana-mana parti politik termasuk Pas untuk menyertai kerajaan.

Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong berkata, malah Perdana Menteri jmempunyai hak untuk membentuk Kabinet serta menukar mana-mana menteri dengan tiada sesiapa yang mempunyai hak untuk mempersoalkan keputusan itu.

Menurut beliau, jemputan Perdana Menteri kepada Pas untuk menyertai Kerajaan Perpaduan hanya membuktikan satu perkara iaitu dalam politik, ‘tidak ada musuh yang kekal’ dan politik adalah seni menjadikan perkara yang mustahil menjadi mungkin.

“PKR dan DAP telah bekerjasama dengan Pas pada tahun 2008 dan 2013 dalam gabungan Pakatan Rakyat dan sebagai parti pembangkang menentang Barisan Nasional (BN). 

“Selain itu, PKR, DAP dan Pas pernah bersama-sama menjadi kerajaan Selangor. Saya tidak terkejut jika tiga parti ini akan membentuk pakatan lagi di masa depan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau mengulas  berhubung kenyataan Anwar ketika ditemu bual Time Magazine apabila beliau menyatakan pernah menjemput Pas menganggotai Kerajaan Perpaduan pada tahun lalu.

Menurut Perdana Menteri, Pas sebaliknya menolak tawarannya ketika itu.

Dalam pada itu, Ka Siong mencadangkan kepada media untuk bertanyakan perkara itu kepada Perdana Menteri, Pas dan DAP.

“Mereka akan memberikan jawapan yang lebih memuaskan sebagai pihak yang terlibat,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN