BSN diminta kaji, buat keputusan segera buka mini BSN di Pelangai - Ahmad - Utusan Malaysia

BSN diminta kaji, buat keputusan segera buka mini BSN di Pelangai – Ahmad

AHMAD Maslan (duduk, tengah) bersama jentera Wanita UMNO ketika melakukan ziarah dari rumah ke rumah di Kampung Bukit Gajah, Pelangai di Bentong, Pahang. - FOTO/SHAIKH AHMAD RAZIF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BENTONG: Bank Simpanan Nasional (BSN) diminta mengkaji dan membuat keputusan segera berhubung kebolehlaksanaan sebuah bank mini di mana-mana kawasan dirasakan sesuai di Pelangai di sini.

Timbalan Menteri Kewangan I, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, beliau mengetahui isu dihadapi tentang keperluan sebuah bank dan sudah menghubungi Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) BSN, Jay Khairil Jeremy, sebuah bank di bawah Kementerian Kewangan.

“Beliau bersetuju menghantar pasukan untuk mengkaji kebolehlaksanaan sebuah mini bank BSN di kawasan Pelangai yang mana dirasakan sesuai di sini.

“Saya harap pihak BSN akan segera mengadakan kajian itu dan segera membuat keputusan dan tentunya saya selaku Timbalan Menteri Kewangan menyokong penuh hasrat rakyat yang inginkan sebuah bank,” katanya ketika ditemui di Kampung Bukit Gajah di sini hari ini.

Beliau mengulas keperluan penduduk di Pelangai yang meminta supaya dibina sebuah bank komersial di situ.

Mengulas lanjut, Ahmad berkata, walaupun sistem perbankan ketika ini boleh dilakukan secara dalam talian, tapi penduduk kampung di sini masih memerlukan bank fizikal.

“Di sini ada tiga kawasan rancangan Felda dan mereka mempunyai keupayaan untuk menyimpan, mereka ada keupayaan untuk meminjam, begitu juga dalam kalangan guru sekolah, juga perkhidmatan lain polis, klinik termasuk peniaga kecil.

“Oleh itu, saya meminta agar BSN menyegerakan pasukan untuk membuat kajian pelaksanaan dan saya juga menyokong diadakan mini cawangan BSN di Pelangai,” katanya.

Menurutnya, buat permulaan, biarlah bank mini dahulu dibina di Pelangai dan selepas itu ia boleh dibesarkan bergantung kepada keperluan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya