BN sah pertahan Pelangai, berjaya sekat gelombang hijau - Utusan Malaysia

BN sah pertahan Pelangai, berjaya sekat gelombang hijau

AMIZAR Abu Adam bersama Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail serta barisan kepimpinan BN dan Pakatan Harapan bergambar selepas diumumkan memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai di Dewan Orang Ramai Felda Kemasul. - FOTO/FARIZ RUSADIO
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BENTONG: Barisan Nasional (BN) berjaya mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) yang berlangsung pada hari ini.

Perkembangan ini sekali gus menyekat misi Perikatan Nasional (PN) untuk merampas kerusi tradisi BN itu di samping gagal dalam misi menambah kerusi DUN Pahang ke-18.

Perkara itu diumumkan Pegawai Pengurus Pilihan Raya PRK N36 DUN Pelangai, Datuk Mohammad Shahid Ismail di Pusat Penjumlahan Undi Dewan Orang Ramai Felda Kemasul di sini hari ini.

Katanya, calon BN, Datuk Amizar Abu Adam memperolehi 7,324 undi manakala calon PN, Kasim Samat (4,375 undi) dan calon Bebas Haslihelmy DM Zulhasli (47 undi).

Jumlah itu membabitkan semua 31 saluran undi dan majoriti undi adalah sebanyak 2,949 undi.

Katanya, terdapat 120 undi ditolak manakala peratusan keluar mengundi adalah 72.12 peratus daripada keseluruhan pemilih berdaftar.

PRK DUN Pelangai terpaksa diadakan ekoran kematian penyandang, Datuk Seri Johari Harun dalam insiden pesawat berlaku di Elmina, Shah Alam pada Ogos lalu.

Pada PRU15, Allahyarham Johari daripada BN menang majoriti 4,048 undi dalam pertembungan empat penjuru antara PN, Pakatan Harapan (PH) dan Parti Pejuang Tanah Air. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN