Anak Felda undi PN tanda protes?

Anak Felda undi PN tanda protes?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PILIHAN Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai yang melabuhkan tirai Sabtu lalu menyaksikan Perikatan Nasional (PN) menang dua dari tiga kawasan tanah ranca­ngan di situ iaitu di Felda Sungai Kemasul dan Sungai Kemahal.

Berdasarkan peratusan kemenangan diperoleh, PN memperoleh 49.5 peratus undi di Felda Sungai Kemahal (menang saluran dua dan tiga) manakala 55.9 peratus undi di Felda Sungai Kemasul (PN menang saluran dua, tiga, empat dan lima).

Dari segi majoriti undi, PN menang dengan majoriti hanya empat undi di Felda Sungai Kemahal dan 295 undi di Felda Sungai Kemasul.

Bagi Felda Chemomoi, PN tewas kepada Barisan Nasional (BN) apabila memperoleh 45.2 peratus undi (PN menang di saluran tiga dan empat). Gabu­ngan itu tewas kepada BN dengan majoriti 182 undi.

Apabila dicampur kemena­ngan PN di tiga Felda terbabit, gabungan itu memperoleh 3,038 undi berbanding BN 2,920 undi. Majoriti 118 undi.

Sepertimana kata Pengerusi PN Pahang, Datuk Seri Saifuddin Abdullah, keputusan itu membuktikan gabungan terbabit menang keseluruhan undi Felda di Pelangai dan kawasan tanah rancangan bukan lagi kubu kuat UMNO dan BN.

Pada PRK DUN Pelangai, PN melalui calonnya, Kasim Samat memperoleh 4,375 undi. Jika ditolak 3,038 undi Felda, gabu­ngan itu mendapat 1,337 undi dari lain-lain kawasan antaranya kampung Melayu, tradisional dan kampung Orang Asli.

Melihat kepada keputusan PRK Pelangai, data pengundian menunjukkan pengundi muda yang memacu peralihan sokongan terhadap PN sepertimana Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

PN di Pelangai dilihat mendominasi undi daripada ge­nerasi baharu Felda di saluran tiga, empat dan lima serta gagal mempengaruhi peneroka asal tanah rancangan terbabit yang berusia 50 tahun ke atas.

Difahamkan, isu pembangunan, peluang pekerjaan kepada generasi baharu dan perumahan mereka menjadi antara faktor sokongan anak muda beralih arah. BN mahukan undi tetapi dikatakan tidak membela anak Felda.

Berdasarkan perkembangan­ itu, apakah anak muda ge­nerasi baharu Felda melakukan undi protes dengan memilih PN pada PRK Pelangai? Keputusan sudah pun dibuat dan PN terus mendominasi undi anak muda Felda. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×