Tanah mendap LPT1: Ikut tanda amaran, arahan petugas - Utusan Malaysia

Tanah mendap LPT1: Ikut tanda amaran, arahan petugas

LALUAN di kilometer 118.3 hingga 117.9 menghala ke Bentong di Lebuhraya Pantai Timur Fasa 1 (LPT1) yang mendap ditutup dengan kanvas berdekatan Lanchang di Temerloh, Pahang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TEMERLOH: Pengguna Lebuhraya Pantai Timur 1 (LPT1) menghala ke Bentong dinasihatkan berhati-hati dan sentiasa mengikuti tanda amaran dan arahan petugas di tempat kejadian yang berlaku jalan mendap di bahagian kiri jalan tersebut.

Ketua Polis Temerloh, Asisten Komisioner Mazlan Hassan berkata, kejadian berlaku di kilometer 118.3 hingga 117.9, LPT 1 menghala ke Bentong berdekatan Lanchang.

“Pergerakan trafik perlahan bermula daripada kilometer 126 hingga 120, LPT1 dan kon dan papan tanda amaran diletakkan bermula di kilometer 122 hingga 117 sejauh kira-kira lima kilometer bagi memberi tanda amaran awal kepada pengguna lebuh raya di sepanjang laluan tanah mendap berlaku.

“Bantuan papan tanda dan lampu amaran daripada pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) dan juga pihak MTD turut diletakkan bertujuan mengelak berlakunya perkara yang tidak diingini,” katanya di Ibu Pejabat Polis Daerah Temerloh di sini hari ini.

Menurut Mazlan, laluan alternatif dibuka bermula kilometer 119.4 hingga 116.5 sejauh 2.9 kilometer di laluan arah barat ke Timur.

“Pengguna diminta memperlahankan kenderaan masing-masing dalam kelajuan 20 kilometer sejam sehingga 30 kilometer sejam. Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Daerah (BSPTD) Temerloh bersama Peronda Zon Timur 2 serta pihak konsensi lebuh raya berada di lokasi bagi membuat pemantauan dan kawalan lalu lintas,” katanya.

Beliau berkata, usaha baik pulih giat dilakukan dan kawasan tanah mendap sudah ditutup dengan kanvas plastik bagi mengelakkan terkena air hujan serta berlakunya tanah mendap yang lebih teruk.

“Kawalan lalu lintas diteruskan dengan cara penggiliran sehingga dipastikan laluan di lokasi selamat untuk dilalui, pihak pengendali lebuhraya sedang membuat kajian,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya