Tanah mendap kejutkan penghuni kuarters SK Bandar 2 Paloh Hinai - Utusan Malaysia

Tanah mendap kejutkan penghuni kuarters SK Bandar 2 Paloh Hinai

SEBAHAGIAN mendapan tanah yang berlaku berhampiran bangunan kuarters SK Bandar 2 Paloh Hinai di Pekan, Pahang. - FOTO IHSAN IPD PEKAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PEKAN: Seramai 24 penghuni kuarters Sekolah Kebangsaan (SK) Bandar 2 Paloh Hinai di sini dikejutkan dengan kejadian tanah mendap yang berlaku berhampiran bangunan didiami mereka.

Ketua Polis Daerah Pekan, Superintenden Mohd. Zaidi Mat Zin berkata, kejadian itu disedari kira-kira pukul 8.55 pagi hari ini dan ia berlaku berhampiran bangunan kuarters empat tingkat tersebut.

“Kuarters terbabit duduki oleh kira-kira lapan keluarga yang terdiri daripada 24 orang penghuni termasuk dewasa, remaja dan kanak-kanak.

“Sebagai langkah berjaga-jaga, bangunan kuarters tersebut sudah dikosongkan oleh semua penghuni bagi langkah-langkah keselamatan.

“Kesemua penghuni dipindahkan sementara waktu di asrama sekolah berkenaan,” katanya di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Mohd. Zaidi berkata, tindakan segera diambil oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) dengan membuat penelitian daripada pelbagai aspek termasuk meletakkan papan tanda amaran dilokasi mendapan.

“Pemantauan akan dibuat dari masa ke semasa oleh pihak JKR daerah dan bomba di kawasan tersebut,” katanya.

Sementara itu, katanya lagi, pihak JKR turut memaklumkan, penyiasatan tanah dan tapak oleh Bahagian Struktur dan Cerun akan dilakukan secara terperinci bagi membolehkan proses baik pulih segera dilakukan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya