Tahan tiga lelaki, rampas 30,006 biji pil yaba

Tahan tiga lelaki, rampas 30,006 biji pil yaba

MUHAMAD Zaki Harun
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Penahanan tiga lelaki di dalam sebuah kereta jenis Perodua MyVi tepi jalan berhadapan Tanah Perkuburan Islam, Kubur Surau Mukim Jal Kechil, Tumpat dekat sini semalam membawa kepada rampasan 30,006 biji pil yaba.

Rampasan di Kampung Binjal Chabang Empat itu lakukan selepas ketiga-tiga suspek yang ditahan membawa sepasukan anggota bertugas ke sebuah rumah untuk pemeriksaan lanjut.

Ketua Polis negeri Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, hasil pemeriksaan di bahagian ruang tamu rumah itu telah membawa kepada penemuan satu bungkusan plastik hitam yang berada di bawah meja.

Menurutnya, pemeriksaan lanju membawa kepada penemuan 30,006 biji pil yaba yang dianggarkan bernilai RM330,066.

“Sebelum itu, semasa di tahan di kawasan Tanah Perkuburan Islam, Kubur Surau Mukim Jal Kechil, anggota bertugas telah menjumpai satu peket plastik mengandungi enam biji pil yaba hasil pemeriksaan yang dijalankan.

“Kesemua suspek yang ditangkap itu berusia antara 20 hingga 27 tahun. Saringan air kencing yang dilakukan mendapati dua daripada tiga suspek itu positif dadah jenis methamphetamine,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Mohd. Zaki memberitahu pada masa sama, polis turut menyita dua buah motosikal jenis Yamaha Y15 yang dianggarkan berjumlah RM16,000.

Katanya, kesemua suspek direman selama seminggu bermula hari ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya