Segera luluskan RUU Kawalan Produk Tembakau - Utusan Malaysia

Segera luluskan RUU Kawalan Produk Tembakau

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pakar kesihatan menggesa kerajaan tidak tunduk kepada peniaga dan pengusaha industri rokok mahupun vape dengan meluluskan segera Rang Undang-Undang (RUU) Kawalan Produk Tembakau dan Merokok 2022 dalam sidang Parlimen Oktober ini.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Yang Dipertua Persatuan Kesihatan IKRAM Malaysia, Dr Mohd. Afiq Mohd. Nor berkata, ahli-ahli parlimen digesa supaya segera meluluskan secara bipartisan RUU berkenaan.

“Kami yakin RUU ini berkesan dalam melaksanakan dasar Generasi Penamat (GEG) kerana RUU ini adalah sebuah akta menyeluruh dalam mengawal selia kedua-dua jenis produk merokok meliputi promosi, pengiklanan pembungkusan, penjualan dan pembeliannya.

“Kerajaan terpaksa membelanjakan lebih RM6 billion untuk menampung kos rawatan komplikasi penyakit berkaitan amalan buruk ini, walhal kutipan cukainya hanya sekitar RM3 billion,” katanya.

Selain itu, Mohd. Afiq berkata, beliau turut mencadangkan kompaun kepada pihak penjual baik individu mahupun badan korporat dapat ditingkatkan lebih tinggi untuk elakkan mereka tidak patuh kepada larangan penjualan kepada GEG.

“Kerajaan boleh memperkenalkan proses atau saluran pembelian yang menggunakan alat tertentu bagi menyekat penjualan kepada GEG atau pembelian oleh GEG di semua premis dan semua premis ini mestilah berdaftar atau mempunyai lesen sebagai premis penjualan rokok atau vape, katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN