[RASMI] Suhaizan menang, PH kekal majoriti dua pertiga - Utusan Malaysia

[RASMI] Suhaizan menang, PH kekal majoriti dua pertiga

SUHAIZAN KAYAT (tengah) dan isterinya, Dr Norsham Idris serta para penyokong PH mengangkat tangan selepas diumumkan memenangi PRK Parlimen Pulai di Pusat Penjumlahan Undi di Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim Johor Bahru.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Calon Pakatan Harapan (PH), Suhaizan Kayat memenangi kerusi Parlimen Pulai apabila memperoleh 48,283 undi pada Pilihan Raya Kecil (PRK), hari ini.

Beliau yang juga Naib Pengerusi Parti Amanah Negara (Amanah) Johor  menang dengan majoriti 18,641 undi menewaskan calon Perikatan Nasional (PN), Zulkifli Jaafar dan calon Bebas, Samsudin Mohamad Fauzi.

Pesaing terdekat, iaitu Zulkifli mendapat 29,642 undi, manakala Samsudin memperoleh 528 undi.

Keputusan rasmi diumumkan oleh Pegawai Pengurus Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Parlimen Pulai, Miswan Yunus pada pukul 10.10 malam.

Yang turut hadir, Pengarah SPR Johor, Nor Nekman Jaimon.

Miswan memaklumkan peratusan keluar mengundi adalah sebanyak 47.33 peratus.

Sebanyak 363 undi ditolak.

Kemenangan Suhaizan yang juga bekas Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor itu membolehkan Amanah mempertahankan kerusi yang dimenangi oleh Allahyarham Datuk Seri Salahuddin Ayub pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Kemenangan itu amat bermakna bagi kerajaan perpaduan kerana berjaya mengekalkan majoriti dua pertiga di Dewan Rakyat, iaitu menguasai 148 daripada 222 kerusi. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN