Rampas 3,600 biji pil yaba, tahan lima lelaki

Rampas 3,600 biji pil yaba, tahan lima lelaki

MUHAMMAD Zaki Harun (tengah) menunjukkan dadah yang dirampas semasa sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan (IPK) Kota Bharu,Kelantan.-UTUSAN/KAMARUL BISMI KAMARUZMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Polis Kelantan merampas 3,600 biji pil yaba bernilai RM48,906 selepas menahan lima lelaki dalam tiga serbuan berasingan di Pasir Mas, Tumpat dan Gua Musang pada Ahad lalu.

Kesemua suspek berusia antara 25 hingga 45 tahun itu di tahan semasa serbuan antara pukul 1.20 pagi hingga 10.30 malam.

Ketua Polis negeri Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, dalam serbuan pertama di Kampung Gual Kulim, Pasir Mas pada pukul 1.20 pagi itu pihaknya merampas 2,800 biji pil yaba selepas berjaya menahan seorang lelaki berusia 25 tahun yang merupakan penganggur.

“Hasil pemeriksaan di lokasi serbuan, kita telah menjumpai satu bungkusan plastik hitam mengandungi 2,800 biji pil yaba.

“Saringan air kencing yang dilakukan mendapati suspek positif dadah jenis Methamphitamine. Bagaimanapun lelaki itu tidak mempunyai rekod jenayah lampau,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen(IPK) Kelantan di sini, hari ini.

Muhamad Zaki memberitahu, serbuan kedua di tepi jalan Kampung Jal Kecik, Tumpat, pihaknya menahan dua lelaki masing-masing berusia 39 dan 45 serta merampas 300 biji pil yaba.

Katanya, selain itu polis turut merampas 23.39 gram (g) dadah jenis heroin.

“Sementara serbuan ketiga di Felda Chiku, Gua Musang, polis berjaya menahan dua lelaki dan kemudian merampas 500 biji pil kuda, 38.63 (g) ganja dan 21.21 (g) syabu.

“Semakan mendapati, kedua-dua suspek masing-masing mempunyai satu dan dua rekod lampau yang berkaitan dengan dadah,” ujarnya.-UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN