PRK: Warga emas kena strok, sakit lutut tunai tanggungjawab - Utusan Malaysia

PRK: Warga emas kena strok, sakit lutut tunai tanggungjawab

NORIAH ABDULLAH bersemangat hadir menunaikan tanggungjawab mengundi pada PRK Parlimen Pulai di SK Seri Melati, Johor Bahru.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU:  Walaupun mengalami masalah kesihatan, seorang warga emas tidak melepaskan peluang untuk menunaikan tanggungjawabnya mengundi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai hari ini.

Ramli Mohamed, 65, yang menghidap angin ahmad antara pengundi awal menunaikan tanggungjawab itu pukul 8.15 pagi di Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Melati, di sini.

Dia yang mengalami strok beberapa tahun lalu ditemani anaknya, Norol Asmawati, 35.

“Ayah memang bangun awal setiap hari, pukul 4 sudah bangun hari ini, ayah tidak boleh bercakap dan ada masalah pendengaran  Jadi, kami yang cakap ada pengundian PRK.

“Dia cakap nak hadir untuk mengundi, kami bawa awal pagi,” katanya.

RAMLI MOHAMED selesai mengundi di SK Seri Melati, Johor Bahru.

Seorang lagi warga emas, Noriah Abdullah, 71,  dari Taman Dahlia, Tampoi di sini yang juga berdepan dengan masalah kesihatan turut datang mengundi.

Dia yang mengalami sakit lutut hadir dengan menggunakan kerusi roda dibantu petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) di pusat pengundian.

PRK tersebut diadakan ekoran kematian penyandangnya, Datuk Seri Salahuddin Ayub yang juga Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup pada 23 Julai lalu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN