PRK: Peratusan keluar mengundi kurang 60 peratus hingga 4 petang - Utusan Malaysia

PRK: Peratusan keluar mengundi kurang 60 peratus hingga 4 petang

AHMAD MASLAN beramah mesra dengan para pengundi di Kampung Pasir, Johor Bahru.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Sasaran lebih 70 peratus keluar mengundi oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) di Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram mungkin sukar dicapai.

Berbaki kira-kira dua jam sebelum pusat pengundian ditutup pada pukul 6 petang, peratusan bagi kedua-dua kerusi itu tersebut berada di bawah paras 60 peratus.

Berdasarkan data yang dikeluarkan oleh SPR setakat pukul 4 petang ini, peratusan pengundian di Parlimen Pulai sebanyak 42 peratus.

Sementara itu, bagi kerusi DUN Simpang Jeram pula sebanyak 56 peratus.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, masih ada masa bagi pengundi di Parlimen Pulai dan DUN Simpang Jeram untuk keluar mengundi. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN