JOHOR BAHRU: Peratusan keluar mengundi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram agak rendah setakat pukul 10 pagi tadi.
Menurut data yang dikongsikan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), peratusan yang keluar mengundi bagi Parlimen Pulai adalah sebanyak 13 peratus, manakala di DUN Simpang Jeram sebanyak 18 peratus.
Cuaca yang hujan sejak pukul 9.30 pagi tadi dilihat menjadi faktor jumlah peratusan keluar mengundi agak rendah.
Tinjauan Utusan Malaysia di Sekolah Agama Dato’ Omar Yusof, Kampung Pasir mendapati kehadiran pengundi masih rendah.
Hasil pemerhatian mendapati pengundi yang berusia 50 tahun ke atas dan berstatus warga emas lebih ramai keluar mengundi pada waktu pagi berbanding pengundi muda. – UTUSAN