PN calon semula Cikgu Kasim di Pelangai - Utusan Malaysia

PN calon semula Cikgu Kasim di Pelangai

KASIM SAMAT
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BENTONG: Perikatan Nasional (PN) mencalonkan semula bekas guru, Kasim Samat, 62 sebagai calon mewakili gabungan itu Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai, yang dijadualkan 7 Oktober nanti.

Nama beliau diumumkan oleh Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man pada Pelancaran Jentera Pilihan Raya dan Pengumuman Calon PN di Simpang Pelangai di sini.

Cikgu Kasim merupakan calon PN yang bertanding bagi kerusi DUN N36 Pelangai pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) lalu.

Dalam pilihan raya itu, cikgu Kasim yang mewakili parti Pas tewas dalam saingan empat penjuru kepada calon Barisan Nasional (BN), Allahyarham Datuk Seri Johari Harun.

Johari menang dengan majoriti 4,048 undi menewaskan Kasim (3,260 undi); Ahmed Wafiuddin Shamsuri dari Pakatan Harapan (PH) (2,031 undi) dan Isa Ahmad dari Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) 65 undi.

PRK DUN Pelangai diadakan 7 Oktober ini ekoran kematian Johari yang terlibat nahas pesawat terhempas di Lebuhraya Guthrie di Bandar Elmina di Shah Alam, Selangor pada 17 Ogos lalu.

Cikgu Kasim adalah Naib Yang Dipertua Pas Bentong dan menetap di Felda Chemomoi, satu daripada tiga kawasan tanah rancangan dalam kawasan DUN Pelangai selain Felda Kemahal dan Felda Kemasul. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya