Perumahan mampu milik antara tawaran PN pikat pengundi

Perumahan mampu milik antara tawaran PN pikat pengundi

MOHD. MAZRI YAHYA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MUAR: Pelan perumahan mampu milik antara empat tawaran dalam manifesto kepada pengundi sekiranya Perikatan Nasional (PN) memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram pada Sabtu ini.

Calon PN, Dr. Mohd. Mazri Yahya berkata, turut dtawarkan dialog awam berkala, program untuk masyarakat setempat, sukan untuk golongan belia serta Program pendidikan dan latihan teknikal dan vokasional (TVET).

“Dialog awam berkala me­nganjurkan sesi antara penduduk yang terjejas banjir kilat dengan pihak berwajib sehingga kekerapan banjir dapat dihentikan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Pada masa sama, kita akan turut mewujudkan sesi dengan Syarikat Air Johor dan merangka tindakan pemsantauan yang te­lus berkaitan jadual penukaran perpaipan uzur dan gantian,” katanya dalam sidang akhbar di Markas Pas Bakri di sini, semalam.

Bagi program untuk ma­syarakat majmuk, Dr. Mohd. Mazri berkata, beliau akan mengusahakan pusat bantuan dan pengupayaan orang kurang upaya (OKU) dengan kerjasama agensi kerajaan Persekutuan.

“Kita juga akan mengadakan Program Jejak Bakat Orang Muda Simpang Jeram dalam segenap disiplin termasuk sukan, TVET dan keusahawanan,” katanya.

Selain itu, beliau juga menawarkan pelan penubuhan kompleks sukan untuk penduduk Simpang Jeram khususnya golongan belia.

“Kita mengadakan libat urus dengan kesemua persatuan belia dan kelompok penggiat sukan berkaitan keperluan sukan dan rekreasi. Kita juga akan menghasilkan Pelan Tindakan Simpang Jeram Cergas di lokaliti,” katanya.

Tambahnya lagi, perumahan mampu milik juga menjadi salah satu tawaran utama PN.

“Kita melaksanakan libat urus dengan pihak berwajib berkaitan pelan penempatan perumahan rumah mampu milik. Kita juga akan menggalakkan pelaburan dari pemaju perumahan yang menampilkan kaedah pembinaan inovatif bagi menghasilkan rumah dalam kadar yang cepat pada nilai mampu milik,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN