Penggunaan cermin gelap masih dibenarkan - JPJ

Penggunaan cermin gelap masih dibenarkan – JPJ

LOKMAN JAMAAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Penggunaan cermin gelap melibatkan kenderaan persendirian dibenarkan namun perlu mengikut spesifikasi ditetapkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Pengarah Penguatkuasa JPJ, Datuk Lokman Jamaan berkata, kadar ketelusan cahaya tampak bagi bahagian cermin depan kenderaan adalah 70 peratus manakala bagi cermin sisi kiri dan kanan pemandu adalah 50 peratus.

Katanya, bagi cermin belakang dibenarkan gelap sepenuhnya dengan syarat kenderaan itu dilengkapi dengan cermin pemantul kanan dan kiri.

“Bagi cermin sisi penumpang, ia dibenarkan gelap sepenuhnya. Bagaimanapun, bagi pemilik kenderaan persendirian yang mahu menggelapkan kenderaan melebihi peratusan ditetapkan (lebih gelap) boleh membuat permohonan khas kepada JPJ atas tujuan tertentu dengan bayaran RM5,000 untuk dua tahun.

“Penggunaan cermin gelap melebihi had ditetapkan juga dibenarkan pada mereka yang mempunyai masalah kesihatan serta demi tujuan keselamatan namun perlu menyatakan sebab dalam permohonan,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Tambahnya, mereka (pemilik) perlu memohon semula dua bulan sebelum permohonan terdahulu tamat tempoh dikenakan bayaran sama dalam setiap permohonannya.

Dalam pada itu, menurut Lokman, pihak JPJ sentiasa melakukan penguatkuasaan dan operasi berkala bagi memastikan pemilik kenderaan mematuhi peraturan membabitkan cermin gelap.

Tegasnya, pihak JPJ tidak akan berkompromi terhadap pemilik kereta yang ingkar terhadap undang-undang ditetapkan.

“Mana-mana yang tidak mematuhi peraturan itu akan dikenakan kompaun saman jika dikesan ketika operasi.

Pada 2019, kerajaan mengumumkan tiada had ditetapkan bagi kadar ketelusan cahaya tampak untuk cermin kiri dan kanan penumpang serta belakang bagi kenderaan persendirian.

Pindaan dibuat adalah sejajar dengan peraturan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) selain permintaan tinggi daripada pemilik kenderaan persendirian yang memohon penetapan sedia ada dilonggarkan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN