Nahas di Putrajaya: Mungkin pemandu lori main telefon? - Utusan Malaysia

Nahas di Putrajaya: Mungkin pemandu lori main telefon?

LORI treler yang terlibat kemalangan di Jalan Persiaran Utara berhampiran susur keluar Persiaran Timur, Putrajaya. - UTUSAN/FAIZ ALIF ZUBIR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Pemandu lori yang menyebabkan dua terkorban dalam kemalangan membabitkan 11 kenderaan lain di Persiaran Utara di sini semalam ditahan untuk mengetahui punca kenderaan itu tidak sempat dibrek.

Memuatkan artikel berkaitan…

Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner A. Asmadi Abdul Aziz berkata, polis telah menahan lelaki berusia 25 tahun itu, meneliti rakaman kamera liter tertutup (CCTV) termasuk menyiasat kemungkinan semasa kejadian pemandu lori itu bermain telefon bimbit.

“Kami dapati pemandu lori itu mampu memberhentikan kenderaanya kerana kenderaan lain dihadapan telah berhenti selepas diarahkan polis,” kata beliau di lokasi kejadian semalam.

Menurut beliau, sebelum kemalangan pukul 10,15 pagi, polis pengiring terlebih dahulu memberhentikan kenderaan lain di laluan berkenaan.

Bagaimanapun, katanya, siasatan mendapati lori membawa muatan pasir dan batu itu dipandu agak laju dan pemandu mendakwa tidak sempat menekan brek sehingga melanggar kenderaan lain termasuk dua motosikal ditunggangi dua mangsa yang terkorban.

Sementara itu, kata Asmadi, polis sedang dalam proses meng­hubungi waris dua mangsa yang terkorban untuk urusan pengecaman dan bedah siasat.

“Kita belum boleh sahkan (identiti mangsa) selagi waris belum dihubungi kerana pro­sesnya begitu. Pengecaman perlu dibuat untuk dapatkan pengesahan, pekerjaan dan siapa mangsa-mangsa sebenar­nya.

“Ini kerana kita bimbang ada yang gunakan kad pengenalan orang lain dan sebagainya. Jadi, buat masa ini, pegawai tengah hubungi waris dan kita sedang tunggu,” katanya.

Terdahulu, polis mengesahkan konvoi beberapa buah motosikal polis pengiring Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP) bagi raptai mengiringi perlumbaan basikal Tour de Langkawi (LTdL mematuhi prosedur operasi standard (SOP). – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN