Lelaki ditahan bersama 36,000 biji pil kuda

Lelaki ditahan bersama 36,000 biji pil kuda

DADAH yang dirampas dalam serbuan di Tanah Merah, Kelantan semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TANAH MERAH: Polis menahan seorang lelaki dan merampas 36,000 bijil pil yaba dalam serbuah di tepi jalan Kampung Batu 11, Perumahan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), Batu Gajah di sini petang semalam.

Lelaki tersebut ditahan sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis (IPD) Tanah Merah menerusi Op Tapis pada pukul 6.45 petang.

Ketua Polis Daerah Tanah Merah Superintendan Mohd. Haki Hasbullah berkata, sejurus ditahan anggota bertugas terus melakukan pemeriksaan ke atas suspek dan menjumpai enam bungkusan berwarna kuning mengandungi pil yaba.

Menurutnya, pemeriksaan lanjut ke atas bungkusan itu membawa kepada penemuan sebanyak 36,000 biji pil yaba yang dianggarkan bernilai RM 360,000.

“Saringan air kencing mendapati suspek positif dadah Methamphetamine. Semakan turut mendapati suspek mempunyai empat jenayah lampau kesalahan lampau melibatkan narkotik,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Dalam perkembangan lain Mohd. Haki memberitahu, terdahulu pihaknya berjaya merampas 200 biji pil yaba dan 183 syabu dalam serbuan di sebuah rumah di kawasan Perumahan JPN, Batu 11, di sini pada hari yang sama.

Katanya, rampasan itu dilakukan selepas polis berjaya menahan seorang lelaki berusia 46 tahun di dalam rumah tersebut.

“Ujian saringan mendapati suspek positif dadah jenis Methamphetamine dan mempunyai tiga rekod lampau berkait narkotik serta jenayah.

“Kedua-dua suspek ditahan untuk siasatan lanjut dan disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952,” ujarnya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya