Laporan awal nahas Elmina didedah Jumaat 

Laporan awal nahas Elmina didedah Jumaat 

LAPORAN siasatan awal nahas pesawat yang terhempas di Elmina akan didedahkan hari ini. - UTUSAN/SADDAM YUSOFF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLANG: Kerajaan akan mendedahkan laporan awal nahas pesawat Beechcraft Premier 1 yang terhempas 17 Ogos lalu di Persiaran Elmina, Shah Alam pada Jumaat ini.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, laporan nahas yang meragut 10 nyawa termasuk lapan penumpang itu akan siap dalam tempoh dua minggu.

Katanya, laporan tersebut adalah berdasarkan rakaman suara selama 30 minit daripada memory puck dalam perakam suara kokpit (VCR) pesawat berkenaan.

“Kita akan keluarkan laporan awal pada 15 September, iaitu Jumaat ini,” katanya ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Kongres Kebangsaan Wanita DAP 2023, semalam.

Sebelum ini komponen pesawat tersebut dibawa ke Singapura selepas negara ini tidak mempunyai peralatan khas bagi mengekstrak maklumat yang tersimpan dalam VCR untuk menyiasat punca nahas yang turut mengorbankan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelangai, Datuk Seri Johari Harun.

Bagaimanapun, VCR pesawat dari Pulau Langkawi menuju ke Lapangan Terbang Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Subang itu mengalami kerosakan teruk akibat terbakar dan terpaksa dibawa ke kilang pembuatannya di Amerika Syarikat bagi mendapatkan rakaman terbabit.

Dalam insiden pada jam 2.48 petang 17 Ogos lalu, 10 individu disahkan maut selepas pesawat terhempas dan turut melibatkan dua orang pemandu kereta dan penunggang motosikal yang kebetulan berada di tempat kejadian.

Kesemua mayat dan cebisan anggota badan mangsa dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang bagi tujuan bedah siasat dan pengecaman yang mengambil masa hampir tiga hari untuk diselesaikan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN