Kelantan rekod 50 kematian akibat penyakit tibi

Kelantan rekod 50 kematian akibat penyakit tibi

DR. Zaini Husin (dua kanan) semasa melawat gerai pameran selepas merasmikan Sambutan Hari Tibi Sedunia Peringkat Negeri Kelantan Tahun 2023 di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) di Kuala Krai, Kelantan-UTUSAN/ROSMIZAN RESDI.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA KRAI: Sebanyak 50 kes kematian akibat penyakit tibi direkodkan sepanjang tempoh enam bulan tahun ini bermula Januari hingga Jun lalu.

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK) Datuk Dr. Zaini Hussin berkata, berpandukan kepada laporan audit pihaknya mendapati mengenai punca kematian akibat pesakit itu disebabkan oleh faktor kelewatan dalam pengesanan awal penyakit tersebut.

Menurutnya, faktor kelewatan dalam mengesan penyakit berkenaan sekaligus akan memberi kesan dari segi rawatan itu sendiri.

“Terdapat juga kes kematian disebabkan pesakit  mengalami masalah rawatan yang tidak sempurna termasuk tidak mendapatkan rawatan sehingga selesai memandangkan rawatan bagi penyakit tibi ini memerlukan tempoh masa yang panjang.

“Selain itu,  kebanyakkan pesakit tibi ini juga lebih berisiko kerana mereka mempunyai masalah kesihatan lain seperti diabetes, sakit jantung, sakit buah pinggang dan sebagainya,” katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Sambutan Hari Tibi Sedunia Peringkat Negeri Kelantan Tahun 2023 di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) di sini hari ini.

Dr. Zaini memberitahu, sepanjang tempoh berkenaan sebanyak 666 kes dicatatkan pada kadar insiden 32.1 bagi setiap 100,000 penduduk.

Menurutnya, jumlah berkenaan menunjukkan trend peningkatan berbanding sepanjang tahun lalu iaitu sebanyak 143 kematian daripada 1,074 kes dicatatkan pada kadar 52.7 bagi setiap 100,000 penduduk.

“Kes kematian tibi ini majoritinya melibatkan golongan dewasa iaitu 43 peratus daripadanya adalah mereka yang berusia 55 hingga 64 tahun.

“Ada juga yang melibatkan golongan kanak-kanak, namun jumlah berkenaan amat sedikit iaitu kurang daripada 10 peratus,” ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Dr. Zaini berkata, setakat ini JKNK tidak menerima sebarang jangkitan kes wabak pertussis atau batuk kokol dikesan berlaku.

Katanya, meskipun tiada kes jangkitan direkodkan, pihaknya akan tetap memantau situasi semasa.

“Kita sentiasa mengadakan pemantauan jangkitan batuk kokol bagi mencegah berlakunya penularan wabak tersebut.

“Sekiranya ada kes yang disyaki, pemeriksaan yang lebih teliti akan dilakukan, namun setakat ini tiada sebarang kes dilaporkan,”katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya