Kaum India sokong PH kerana percaya janji Anwar - MIC

Kaum India sokong PH kerana percaya janji Anwar – MIC

MIC
M. ASOJAN ditemui wakil media selepas bertemu dengan komuniti India di pejabat GAPPIN, di Johor Bahru.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Kaum India khususnya ahli dan penyokong MIC bersetuju dengan kerjasama politik menerusi kerajaan perpaduan kerana percaya dengan janji diberikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Naib Presiden MIC, Datuk M. Asojan berkata, Anwar yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) memberi tempoh selama setahun bagi melihat permasalahan serta isu yang membelenggu kaum itu di negara ini.

“Memang ada rasa tidak puas hati dalam beberapa perkara termasuk isu baru-baru ini, ia memang menjadi keraguan dan kemusykilan dalam kalangan jentera parti, namun Presiden MIC, Tan Sri S.A. Vigneswaran telah beri penerangan agar kita terus menyokong kerajaan perpaduan.

“Ini kerana janji yang diberikan oleh Perdana Menteri sendiri (kepada masyarakat India), beliau pastikan permasalahan dan perkara berbangkit berkaitan masyarakat India akan diambil kira, dia beri kita tempoh setahun jadi kita percaya janji beliau.

“Oleh itu, kita telah mengarahkan jentera MIC melibatkan seramai 3,000 ahli di Parlimen Pulai beri sokongan tidak berbelah-bahagi kepada calon PH dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) ini,” katanya selepas majlis pertemuan dengan komuniti India di pejabat Persekutuan Persatuan-Persatuan India Berdaftar Negeri Johor (GAPPIN), di sini.

Sementara itu, Asojan turut memberitahu, jumlah pengundi India lebih 20,000 dalam PRK Parlimen Pulai adalah signifikan dalam membantu calon gabungan PH dan Barisan Nasional (BN) untuk menang di kerusi berkenaan.

Walau bagaimanapun, beliau enggan mengakui bahawa undi masyarakat India adalah penentu atau ‘king maker’ dalam PRK berkenaan sekiranya undi orang Melayu dan Cina berpecah.

“Kalau nak kata kita ‘king maker’ secara terbuka tidak boleh kerana ini adalah PRK dan keputusan akan bergantung kepada peratusan keluar mengundi. Namun jumlah pengundi India adalah signifikan dan kita akan berusaha memastikan kira-kira 50 peratus pengundi India keluar mengundi pada 9 September ini.

Sementara itu, Pengerusi Biro Pendidikan MIC, Senator Datuk R. Nelson pula memberitahu, masyarakat India perlu terus menyokong kerajaan perpaduan dengan mengundi calon PH dalam PRK ini.

“Kita undi bantu mereka menang, kemudian kita desak dia tunaikan janji-janji sebelum ini, apa yang kaum kita nak,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN