Kakak sifatkan panggilan telefon maklum kematian arwah umpama mimpi

Kakak sifatkan panggilan telefon maklum kematian arwah umpama mimpi

SALAH seorang ahli keluarga menunjukkan gambar Mohd. Syukri yang maut dalam kemalangan ketika ditemui pemberita di rumahnya di Kuala Krai, Kelantan hari ini-UTUSAN/ROSLIZA MOHAMED.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA KRAI: Kakak kepada anggota bomba yang maut dalam kemalangan melibatkan ekspres di Kilometer 81, Jalan Lipis-Merapoh berhampiran Kampung Kubang Rusa, Kuala Lipis Pahang, pagi tadi menyifatkan panggilan berkait kejadian itu sebagai ‘mimpi’.

Norbi Mat. Nor, 58, berkata, pada awalnya sama sekali tidak percaya panggilan yang diterima pada pukul 5.30 pagi itu benar sehingga terpaksa mendapatkan pengesahan daripada adik bongsunya.

Menurutnya, selepas itu baharulah dia percaya Shukri, 55, yang bertugas sebagai anggota bomba di Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Krai maut dalam kemalangan itu.

“Arwah dalam perjalanan untuk ke Kuala Lumpur bersama seorang rakannya dikenali Ustaz Zul, 56. Sebaik sahaja mengetahui perkara itu, saya bersama keluarga yang tinggal di Kampung Besut, Terengganu terus bertolak pulang ke kampung bagi menguruskan segala persiapan bersama adik beradik lain,” katanya ketika ditemui pemberita di Guchil 4, di sini, hari ini.

Norbi memberitahu, kali terakhir dia berjumpa arwah bersama adik beradik lain dua minggu lalu semasa pulang ke Kampung Mengkebang, di sini.

Katanya, sepanjang tempoh itu arwah tidak menunjukkan sebarang perubahan kerana dia bersifat pendiam serta tidak bercakap banyak.

“Kami sekeluarga tidak tahu tujuan sebenar arwah ke Kuala Lumpur bersama Ustaz Zul, mungkin ada urusan tertentu,” ujarnya.

Utusan Online melaporkan, tiga lelaki termasuk seorang pemandu bas ekspres maut selepas kenderaan dinaiki mereka terbabas dan melanggar pokok di susur keluar Kampung Kubang Rusa, Merapoh di sini menghala ke Kuala Lumpur.

Mangsa yang maut, pemandu bas, Ab. Aziz Daud, 56, dan dua penumpang, seorang anggota bomba, Mohd. Syukri Mat Noor, 55, dan seorang warganegara Bangladesh, Hossain Kamal, 41.

Difahamkan, bas ekspres dua tingkat, Lienadia Express itu dinaiki 18 penumpang dan dua pemandu.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN