JOHOR BAHRU: Dua beradik bersama suami masing-masing dihadapkan ke Mahkamah Majistret Johor Bahru, di sini semalam bagi tiga pertuduhan mengedar dadah di Ulu Tiram, di sini minggu lalu. Tertuduh, Siti Nurfatimah Sottor, 32, dan suami, Mohammad Raffi Yahya, 35, serta Siti Nurshafina, 24, dan suami, Afiq Aidi, 23, mengangguk faham semua pertuduhan yang dibacakan di hadapan Majistret Hidayatul Syuhada Shamsudin. Tiada pengakuan direkodkan daripada semua tertuduh. Pertuduhan Mohammad Raffi dibacakan…