Dakwaan rogol dikaitkan Ebit Lew, beberapa saksi lagi akan dipanggil - Utusan Malaysia

Dakwaan rogol dikaitkan Ebit Lew, beberapa saksi lagi akan dipanggil

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Keterangan beberapa saksi diperlukan bagi melengkapkan kertas siasatan berhubung dakwaan rogol membabitkan pendakwah terkenal, Ebit Irawan Ibrahim Lew atau Ebit Lew.

Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk S. Sasikala Devi berkata, pihaknya akan memanggil beberapa lagi individu sebelum melengkapkan kertas siasatan.

“Setakat ini kita telah rakam keterangan 13 individu. Kita masih ada beberapa saksi untuk dipanggil bagi melengkapkan siasatan.

“Lengkap sahaja kertas siasatan, kita akan serahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Semalam, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Datuk Seri Mohd. Shuhaily Mohd. Zain mengesahkan Ebit Lew turut disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol.

Beliau dilaporkan berkata, lima hari sebelum Ebit Lew membuat laporan polis, pihaknya turut menerima satu laporan polis daripada seorang wanita yang mendakwa dia  menjadi mangsa rogol kepada Ebit Lew.

“Setakat ini polis telah memanggil 13 saksi berhubung kedua-dua laporan kes tersebut.

“Sebaik  tiba di Malaysia, Ebit Lew membuat laporan polis berkaitan dakwaan fitnah terhadapnya yang dikeluarkan menerusi sebuah ‘podcast’ khas bertajuk ‘The Mondy Tattoo Inteview’

Menurut beliau, kes masih dalam siasatan di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan, Seksyen 500 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998.

Selasa lalu, media melaporkan polis telah merakam percakapan penyanyi rap, Caprice dan Mondy Tattoo berhubung laporan yang dibuat Ebit Lew.

Timbalan Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Superintenden Mohd Fairus Jaafar dilaporkan berkata, rakaman percakapan tersebut diambil di Ibu pejabat Polis Kontinjen(IPK) Selangor bagi siasatan lanjut.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN