Cikgu Kasim taruhan Pas di Pelangai?

Cikgu Kasim taruhan Pas di Pelangai?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KASIM Samat atau lebih dikenali dengan gelaran cikgu Kasim merupakan calon Perikatan Nasional (PN) yang bertanding bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) N36 Pelangai pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) lalu.

Dalam pilihan raya itu, cikgu Kasim yang mewakili parti Pas tewas dalam saingan empat penjuru kepada calon Barisan Nasional (BN), Allahyarham Datuk Seri Johari Harun.

Johari menang dengan majoriti 4,048 undi menewaskan Kasim (3,260 undi); Ahmed Wafiuddin Shamsuri dari Pakatan Harapan (PH) (2,031 undi) dan Isa Ahmad dari Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) memperoleh 65 undi.

Pada Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Pelangai yang dijadual diadakan 7 Oktober ini ekoran kematian Johari yang terlibat nahas pesawat terhempas di Lebuhraya Guthrie di Bandar Elmina di Shah Alam, Selangor pada 17 Ogos lalu, Cikgu Kasim dikatakan sekali lagi bakal dipilih Pas bertanding di situ.

Cikgu Kasim adalah Naib Yang Dipertua Pas Bentong dan menetap di Felda Chemo­moi, satu daripada tiga kawasan tanah rancangan dalam kawasan DUN Pelangai selain Felda Kemahal dan Felda Kemasul.

Difahamkan, Pas sudah pun menghantar tiga nama kepada Majlis Syura Pas Pusat untuk dipertimbangkan dan dipilih sebagai calon PN bagi PRK berkenaan.

Mereka adalah pemimpin Pas kawasan Pelangai dan Bentong, aktif menjalankan pelbagai aktiviti di situ.

Nama dicadangkan itu difahamkan dikenali penduduk setempat, anak tempatan dan boleh memberikan kemena­ngan kepada PN Pahang.

Siapa calon pilihan Pas dan PN pada PRK DUN Pelangai? Ia dijangka diketahui 20 September ini dalam majlis pe­ngumuman calon gabungan itu difahamkan oleh Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN