PETALING JAYA: Sekolah vernakular disaran menggalakkan penggunaan bahasa Melayu dalam kalangan pelajarnya bagi meningkatkan penguasaan di samping mengelak membazir masa ke kelas peralihan apabila memasuki peringkat menengah. Presiden Kesatuan Kebangsaan Guru-Guru Dalam Perkhidmatan Pelajaran Malaysia (Kongres), Jasni Md. Kechik berkata, pentadbir sekolah juga wajar menggalakkan mata pelajaran lain diajar menggunakan bahasa Melayu. Katanya, antara subjek yang sesuai diajar menggunakan bahasa Melayu ialah pendidikan sivik dan kewarganegaraan, pendidikan moral dan kajian…










