Adly Zahari bakal Menteri KPDN baharu?

Adly Zahari bakal Menteri KPDN baharu?

ADLY ZAHARI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Alor Gajah yang juga Timbalan Menteri Pertahanan, Adly Zahari disebut-sebut bakal dilantik sebagai Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) yang baharu.

“Adly,” kata Ahli Parlimen Hulu Langat, Mohd. Sany Hamzan ketika ditemui Utusan Malaysia di lobi Parlimen di sini semalam.

Beliau ditanya siapa dalam kalangan ahli Parlimen Parti Amanah Negara (Amanah) yang akan dilantik menggantikan Allahyarham Datuk Seri Salahuddin Ayub yang mening­gal dunia pada Julai lalu.

Pada 14 September lalu, Utusan Malaysia melaporkan, dua ahli Parlimen Amanah disebut-sebut akan mengisi kekosongan jawatan menteri KPDN iaitu Adly dan seorang lagi ialah Ahli Parlimen Kuala Se­langor, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad.

Sehari selepas itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi jaminan kekosongan itu akan diisi secepat mungkin.

“Insya-Allah, kita akan isi kekosongan (jawatan), kalau ada cadangan sila tulis surat kepada saya secepat mungkin,” katanya.

Utusan Malaysia difahamkan, Adly merupakan nama pemimpin yang dicadang kepada Kabinet, manakala Dr. Dzulkefly yang merupakan bekas Menteri Kesihatan yang turut disebut atas kapasiti sebagai pernah berada dalam Kabinet, selain dikatakan melobi untuk jawatan itu.

Sementara itu, Adly ketika ditemui menafikan cakap-cakap beliau akan dilantik sebagai Menteri Perdagangan Dalam Negeri seperti yang dilaporkan sebelum ini.

“Saya tidak tahu. Lantikan menteri berada di bawah tanggungjawab Perdana Menteri,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN