PETALING JAYA: Kira-kira 3.4 juta warga emas di negara ini berdepan kepayahan untuk meneruskan kehidupan dengan selesa berikutan kekurangan kemudahan infrastruktur yang boleh menyokong golongan tersebut melakukan aktiviti harian mereka. Situasi ini membimbangkankan kerana Malaysia bakal menuju negara tua pada 2030, dan jika kemudahan yang sesuai tidak disediakan kepada golongan tersebut ia akan mencetuskan pelbagai masalah sosial. Negara ini sepatutnya mencontohi negara-negara Eropah terutama United Kingdom yang menyediakan kemudahan untuk…










